ROOMATES
As what all of u olredi knew,aku dah masuk kolej kan..So i got a new surrounding,new air,new friends dan segala-galanya baru lah kan. Jadi..Tudei,i would like to tell u about people at my new place.
Mula-mula sekali,nak cerita pasal roomates. I got seven roomates,so total dalam bilik semua ada 8 lah masuk aku.
Bilik kami,groundfloor je..Untung kan? Hikss. Katil pulak double D..Aku katil bawah..Atas katil aku pulak budak Sabah,nama dia Satur..Satur nih rapat ngan aku,memang cantik gila muka dia. Aku yang pompuan pun tak puas tengok weh. Kalau laki lagi la. Tapi bila dah sebilik ko tau la hampeh perangai dia cemana. Memang kelakor la dia ni.
Sebelah katil aku Nadia,Nadia la paling rapat sebab dia la first friend i made masa registration,kami satu course,pastu bilik dapat sekali,pastu kelas kami pun sekali..Kat ladang,seksyen sama,kandang pun sebelah2 je. Wahh. Berjodoh betol aku ngan Nadia.
Pastu,depan katil aku,katil Hazwani a.k.a Yon. Aku kurang pasti nape nama timangan dia Yon kan. Macam laki. Hahaha. Aku rasa sebab dalam bilik nih ada dua Wani. Atas katil Yon pun Wani. Budak tanaman.
Yon pun satu bidang ngan aku..Dan rapat jugak ngan aku. Cuma kelas kami lain,pastu kat ladang dia pulak bahagian susu haa.
Lepastu Lyna,Lyna nih atas katil Nadia. Lyna pun budak Sabah. Dia bidang tanaman,sama ngan Wani..Dia datang dengan Satur sekali la kiranya. Memang bestfriend Satur,satu sekolah satu kelas. Datang sini pun satu bilik..
Lepastu Kak Nisa..Kak Nisa la paling tua dalam nih. Umur 21 while kami semua adik-adik lah kiranya. Kak Nisa budak Pemasaran,sama ngan Satur..Kak Nisa pakai purdah,hee..Alim kan. Tapi bila dalam bilik gila-gila dia kami je tau.
Bawah katil Kak Nisa,Aina..Aina nih kawan sekampung Nadia kalau tak silap. Budak pemasaran jugak..
Cukup kan,Nadia,Yon,Satur,Lyna,Wani,Kak Nisa n Aina..Walaupun baru lagi kenal..Tapi all of us dah macam siblings je semua. Sebab jauh dari family,ni je la family yang kami ada.
Bila sakit ke demam ke,roomate memang care sangat to each other..Bab makan pun tak penah berkira ke apa..Kalau tapaw apa2,makan sama2.
Bila dah ada budak Sabah dua orang dalam bilik nih,memang gamat la ceritanya. Bahasa kami dah jadi bercampur-campur,macam indon pun ada. Hahahaa. Siyes la,Satur ngan Lyna pulak jenis gila-gila.
Yon jenis dalam bilik suka pakai sexy2,sama la ngan aku. Satur cakap,kalau malaikat nda mau masuk dalam ini bilik,ini semua salah kamurang bah. Lagi,bila kami berpakaian tidak senonoh,Satur kata,kau orang nih suka la melacurkan bilik nih.
Aku teringat semalam,Yon nak balik kampung,lepas maghrib dia pakai la sexy2 sementara nak bersiap..Satur kata,lacuran terakhir. Hahaha. Sengal.
Semalam masa nak tido,aku turunkan tilam ke bawah sebab panas. Satur memang jenis tido kat bawah sebab dia katil atas,tak rasa kipas langsung haa. Kami tido kat bawah beramai-ramai la kiranya. Sebab dah nak tido semua pakai baju yang kurang sopan la.
Nadia sorang je dok berlegar-legar pakai baju lengan panjang bagai. Aku cakap la,hang tak reti nak salin baju sexy2 sikit ka? Malam ni kan malam Jumaat. Dengan nada yang marah la konon. Sebab aku rimas betul tengok Nadia pakai baju tu. Panas.
Terus Satur gelak. Lyna,kau dengar tak apa si Iqa cakap? Dia ulang balik dialog aku tadi. Lyna kat tingkap selamba badak je cakap,iya bah Nadia,lebih afdhal.
Ada satu malam,kami duduk kat luar tingkap. Tingkap tu boleh bukak dan muat untuk kami keluar duduk kat luar tingkap,muat la untuk kami duduk. Kalau malam kami memang lepak kat luar je sebab line dalam bilik takda. Apa teruk la KPM line takda.
Melepak la kami main talipun masing-masing..Bukak lagu,memekak bagai. Entah si Satur gaduh apa ngan Lyna. Satur berdiri,angkat fak dua2 tangan. Nah,bagi-bagi (kongsi2) ya. Memang spontan gila benda tu,keras perut la gelak. Sengal habis.
Yon pulak,kalau ngan aku..Sembang memang kasar. Memang mencarut gila la. Segala macam mencarut la ada. Kalau laki tengok memang taknak la wei buat bini. Orang pun takut dengar kami sembang tambah ngan ngilai macam langsuir.
Nadia pulak..Apa dia buat memang kelakor la. Kalau takda dia dalam bilik nih..Sunyilah kami. Aku tak reti nak cerita cemana pasal dia. Tapi syok la..
Biggest thing yang diorang penah buat untuk aku,ambush aku tengah2 malam masa bday aku baru nih la. Haha. Siyes hepi gila la masa nih..Dulu masa sekolah paling hebat pun kena kurung dalam tandas la,kena baling telur. Dah masuk kolej,duduk hostel lagi best..
Siap diorang belikan kek bagai,waa terharunye kalau ingat that moment. Silap pegi masuk kolej pertanian,amik bidang ruminan. Kat ladang haritu nyaris je aku nak kena humban dalam taik lembu ngan bebudak senior. Haha. Aku cabut dulu. Takpa diorang kata,taun depan ada..
Bila dah duduk sebilik ni,kita kena ingat..Banyak benda kita kena jaga. Bukan macam kita duduk sorang2 kan..Kita duduk ramai2,buat cara ramai2. Kena pandai jaga emosi,jaga air muka..
Kadang2 ada masa kita sedih gaduh ngan pakwe bagai,merajuk sampai dengan budak2 bilik pun tak bercakap. Contoh la kan..
Lagi contohnya balik kelas kena marah dengan lecture ke apa. Balik kelas tapak kasut tercabut..Pastu masuk bilik takda mood,budak bilik tanya buat taktau je..
Kau rasa apa?Patut tak?
Pastu time orang lain tengah buat kerja,kita jangan la suke2 hati tutup lampu tutup kipas..Ingat,kita duduk dalam bilik bukan sorang kan. Hormat orang lain sama la senang..
Ni tips la kalau duduk sebilik..Mak sy yang pesan. Jadi kongsi2 la pesanan nih kot korang ada yang nak masuk hostel ke apa kan. Pape pun time kasih la untuk semua roomate sy..Sy hargai korang semua..
No comments:
Post a Comment