SCM music player

Monday, 12 June 2017

Cerita Final

Ekcelli. Masuk sem dua ke kolej ni pun rasa macam tak sangka. Dan harini. This week gonna be our last week kat kolej bfore cuti sem.

Dah nak habis. Dah nak masuk sem 3. Taun depan akak 3J la kitee huhuii. Hahah gedik tak?

Semalam dah verified. Verify pon cerita yang kurang elok didengar.

Okay harini nak cerita pasal final.

Sumpah demi Allah penat ya Rabbi..

Pagi,teori. Kami,batch kami ada 60 or 70 orang gitu lah. Yang lulus teori dan berjaya mara ke final tau berapa?

14 orang je.

Dan surprisingly im the one among them yang lulus..Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Im so shocked. Sebab ekcelli,last night. Like what i've told,aku bergaduh dengan hubs. Meroyan sakan. Nak study tak jadi.

Broken laa atas katil. Alahai. Dia punya menangis sampai terlena. Nangis selak. Nak habaqnya sedih.

Teringat apa yang hubs cakap semua. Memang menusuk dalam2 jiwa. Sedalam2 rindu gitu. Menusuk. Rasa halus je. Macam duri sembilu. Sakit sangat. Nak2 dok replay siap star voice dia part dia cakap jangan kacau dia tu. Hahaa

Lepastu hajat nak study masa sahur,last2 sahur tak terjaga. Lebuh ke pukul 8. Exam pukul 8.

Baru terhegeh nak mandi. Nak iron tudung. Rasa nak teriak lagi sebab takdan study.

Pegi2 hall exam,tak mula lagi. Pastu dok atas tangga baca la sikit2. Pukul 9 start exam,tau tak tempat aku depannnn sekali.

Ergh. Badnews. Tak boleh nak psst2 kawan. Dan aku tak baca buku. Dan aku tak tau formula kira mengira. Dan lagi,sejarah masa spm addmath berulang. Aku tak bawak kalkulator.

Aku kira semua manually.

Habis exam,bunyi loceng tingtingting. Keluar dewan,lepak la tunggu result. Pukul 11 annouce result masuk hall balik.

Kawan belakang kata 14 orang gagal. Dan guess what. Aku expect dalam 14 orang tu aku salah sorang.

And then pegawai penilai tu kata nama yang disebut kena berdiri. Dia sebut nama satu persatu. Hisham Junaidi. Megat. Nadiah.

Satu persatu. I guessed ni nama yang lulus. Sebab diorang budak pandai. Rasa berdebar macam nak melompat jantung ni. Lepastu nama Hazwani. Azza Sakinah. Nasrul Hakim.

When our friends failed,we feel bad. When they successed,we feel worst. Haha. Dalam hati dah rasa tak syok. Kawan aku lulus. Em. Tak syoklah aku je kena repeat.

Dan..Nur Faiqah Aqilah.

I cant hide my smile. Aku tunduk dan bangun. Sembunyikan senyuman bahagia aku.

Dan rupanya. 14 orang saja yang lulus. Selebihnya kena repeat petang nanti. Aku rasa hepi. Excited. Nak menangis. Semua ada. Sebab tak percaya ability aku.

Broken,tak baca buku. Tak meniru langsung this time. Dan dalam ramai2,aku berjaya. Im amazed. Rasa terharu. Alolo dearself. Congrate. Hihi.

Petang,bermulalah derita. Amali.

Pukul 2 pm saat matahari terpacak megah atas kepala kami kena ke kompleks ruminan. Welcome back to kandangg. Yuhuu.

Dan we all know tajuk yang keluar adalah tajuk yang im fucking hate hate hate. Modul 06 PASTURA DAN FODER. Rasa nak rebah. Ketaq lutut.

Ni modul paling aku tak suka. Paling aku tak paham. Dan paling kami semua including doktor dari IVM yang mengajar kami tak expect akan keluar.

Hari ini dalam sejarah la keluar modul ni. Sebab tradisi ruminan selalu kalau amali tahap dua,mesti susu. Platform susu ataupun habis kuat modul Rangsum Makanan.

Dan harini keluar tajuk Pastura. Sumpah nak pitam. Tak paham. Tak suka dan tak berkenan. Formula baja. Baja campuran. Baja pengurusan. Blablabla.

Sampai sini,aku dah tak yakin nak continue. Kegembiraan aku lulus teori dah lesap tah ke mana hala. Aku takut. Berdebar. Dan mula memikir masa depan.

Allahu.

Sampai turn aku buat pengiraan. Aku duduk dekat kerusi,jantung aku bertambah laju. Sampai aku tak sedar bila air mata aku mengalir.

Aku menangis. Sebab takut.

Tapi aku cuba kuatkan semangat dan layan je semua nih. Kalau lulus,lulus. Tak lulus,takpe. Redha la senang cerita.

Bukak2 soalan. Hahah. Nak gelak tak. Aku ingat formula mana laa nak kena tulis. Hareyy. Rupanya kira simple je..Lecture pun banyak la tolong..Alhamdulillah.

Sumpah penat harini..Tengah panas terik potong rumput..Tabur baja. Chopper rumput. Lepastu bagi makan.

Packed sgt jadual harini. Kami semua jadi udang bakar harini. Panas. Merah muka sorang2.

Siap semua kena kemas kandang..Tapi bila dah lalui,dah selesai semua tu.

Rasa bersyukur sangat. Im ashamed sebab selalu buat dosa tapi Allah still help. Rasa bersyukur sebab debaran dah habis..

Dah takda benda nak difikirkan. Just tunggu result n rest well. Esok lusa balik.

From all above just wanna thank Allah for this glorious day. Rasa bahagia..Even dho penat sangat.

Tonight memang rest je. Baring je. Meraikan kejayaan selepas berpenat lelah harini.

Geng yang amali esok..Yang mana esok kena repeat lagi sekali,i wish a great luck will be with you..

Kita datang sama2,kita berjaya sama2. Jangan lemah semangat. Korang kena kuat. Okay..

Sekian..Terima kasih..

No comments:

Post a Comment