SCM music player

Wednesday, 2 August 2017

Sleeping In Tears

Thursday
3rd of August 2017
01.20am

I just hate that feeling when im struggling to sleep in tears.

Scroll back on old photos. Tears begin to flow damn much.

I know that this wasnt our first time being in this shitty situation. Ini bukan kali pertama. Tapi aku sendiri tak tau kali keberapa,malahan.

Disalahkan untuk kesalahan yang aku sendiri tak tau apa. Im seeking but i cant find it. Swear to god. Demit. I cant. I donno.

Whats my fault. Where is my wrong. I donno.

Luckily tonight dia make it simple dan tak panjangkan cerita or else nak serabutkan kepala aku much more. Just make it simple,be honest je.

Dia dah takda rasa. Dia dah tawar hati towards us.

Lambat. Im quiet slow nak faham apa yang dia sampaikan. Even ekcelli dia dah sampaikan dalam bahasa Melayu yakni bahasa pertuturan seharian aku ditambah dengan loghat Gerik iaitu loghat kelahiran aku.

Aku bukan tak faham. Aku faham. Cuma aku macam tak percaya. Sangat2 tak sangka sampai aku bertanya berkali-kali di luar sedar.

Seolah-olah aku dapat tau emas jatuh rm50 segram. Susah nak percaya. Iya ka? Are u sure?

Aku tanya banyak kali. Aku tak percaya. Sampai aku tak sedar bila aku terangguk lesu. Senyap2 hati aku remuk. Remuk redam.

Untuk yang kesekian kali. Rasa kemik. Rasa sakit tulang temulang aku. Rasa rebah tak mampu nak bangun. Aku terbaring dengan air mata mengalir di pipi.

Rasa tak percaya masih bersisa. Aku cuba memujuk hati untuk percaya.

Dalam gelap malam aku buka galeri. Aku tengok gambar lama kami. Tak lama mana. Minggu belakangan ini.

Naik motor bersama. Makan bersama. Beli burger bersama. Pegi pasaraya bersama. Halia yang dia pilihkan belum habis lagi. Sambal ikan bilis kering yang dia bekalkan ada lagi.

Baru tadi aku berangan. Merangka rancangan dalam hati nak peluk cium dia bila aku balik esok. Esok. Ya. Tapi dia baru batalkan rancangan aku tadi. Dia kata tak payah balik.

Aku baru berangan tadi nak masak apa untuk makan malam esok. Aku baru berangan nak merasa mi celup di kedai yang lama dah aku mengidam nak pegi tu.

Anganan aku semua bersepai jadi debu. Aku scroll lagi dan lagi gambar kami. Tengok gambar kucing kami yang aku cuci dan mandikan bersih2 tu pun aku menangis.

Aku rasa macam sampainya hati dia buat aku macamni.

Takda angin takda ribut. Bayangkan,birthday aku 2,3 hari lagi padahal.

Aku taktaulah. Aku taktau nak cakap apa. Aku sedih..Aku letih.

Cuma sampai masa bila aku dah redha..Please dont regret your words today.

No comments:

Post a Comment